Jurulatih tempatan juga berkaliber -- Abu Bakar

Oleh Hairi Yahaya 24 Disember 2017 530
Jurulatih tempatan juga berkaliber -- Abu Bakar
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan negara masih mempunyai jurulatih tempatan yang berkaliber untuk membimbing pasukan, khususnya dalam kancah saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurutnya, Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2017 adalah gelanggang paling sesuai dalam memberi panduan dan mengiktiraf jurulatih tempatan sejajar dengan kemeriahan bola sepak negara.

"Tahniah saya ucapkan kepada B. Sathianathan atas kejayaan meraih anugerah tersebut. Saya turut berbangga tersenarai bersama dua jurulatih senior yang tidak asing lagi dalam liga bola sepak Malaysia," ujarnya.

Dalam diri Abu Bakar, dengan berakhirnya ABK, secara rasminya PKNP menutup tirai dengan satu palitan sejarah dan kenangan manis bagi pengurusan, kejurulatihan dan barisan pemain.

"Kami membuktikannya dalam kempen Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia. Tahniah Shahrel (Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi) yang menang anugerah penyerang terbaik. Dia menceriakan kem PKNP.

"Semestinya, cabaran baru menanti PKNP tahun hadapan apabila bersaing  dalam Liga Super," katanya.

Kredit imej : PKNP FC
 

Tentang Penulis

 Hairi Yahaya

Komen