Jentera serangan wajar diasah jurulatih khas

Oleh Staff Writer 22 Disember 2016 3
Jentera serangan wajar diasah jurulatih khas

“Penyerang tempatan Melaka United seperti Nurshamil Abdul Ghani kurang mendapat peluang dalam kesebelahan utama tetapi kalau dilihat dari susuk tubuhnya, dia mampu menjadi penyerang berbisa jika dia didedahkan dengan tunjuk ajar  khas," katat Timbalan Presiden Melaka United Football Club (MUFC), Dato Wira Yusoff Mahadi, yang mencadangkan agar pemain penyerang diberi perhatian khas.

Ketika ini, penjaga gol Melaka United diberikan layanan istimewa dengan kehadiran jurulatih khas bagi mengasah teknik tangkapan.

Yusoff berpendapat wajar jentera serangan turut sama menerima tunjuk ajar khas oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam aspek itu.

“Alasan saya cuma satu. Kalau kita boleh adakan jurulatih khas untuk penjaga gol, apa salahnya Melaka United terlebih dahulu wujudkan jurulatih khas untuk penyerang kita. Mungkin sudah tiba masanya benda sebegini kita patut beri perhatian," jelasnya.

Luah Yusoff dengan nada agak tegas, sudah tiba masanya cadangan jurulatih khas dipertimbangkan bagi mengasah lebih tajam bakat yang ada pada penyerang, terutama penyerang tempatan yang dilihat menjadi kelemahan utama skuad tersebut.

Tambahnya lagi, dengan adanya jurulatih khas penyerang ini, Melaka United boleh melahirkan penyerang yang berkualiti, sekaligus boleh mengukuhkan kedudukan skuad Hang Tuah sebagai pendatang baru yang akan bersaing dalam Liga Super 2017.




Tentang Penulis

Staff Writer

Komen