JDT 4 SABAH 1

Johor Darul Ta'zim (JDT) ditabalkan juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dalam satu majlis gilang-gemilang selepas melebarkan kedudukan di puncak Liga Super dengan sembilan mata ketika saingan berbaki satu perlawanan.


Sabah nyata sukar menggugat juara Piala AFC 2015 itu apabila tumbang 1-4 selepas Harimau Selatan mempamerkan aksi bertenaga dalam separuh masa kedua di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

? TAHNIAH JOHOR DARUL TA'ZIM, JUARA CIMB LIGA SUPER 2020! ? JDT kini sah bergelar juara dengan menewaskan Sabah 4-1...

Posted by Malaysian Football League on Friday, October 2, 2020


JDT, bagaimanapun, dipaksa menunggu sehingga minit ke-38 untuk menggegar gawang lawan dan tuan rumah perlu menghampiri sejam usia permainan sebelum dapat mengukuhkan kedudukan menerusi Safawi Rasid yang melepaskan satu rembatan deras dengan melencongkan bola ke atas kepala penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Namun, skuad Tambadau tidak rela reputasi mereka dirobek dengan begitu sahaja apabila merapatkan jurang hasil penyudah Dennis Buschering untuk kedudukan 1-2.

Safawi sekali lagi menjadi watak pemusnah buat JDT tetapi kali ini dengan sentuhan mudah di depan gol selepas menerima hantaran daripada Muhammad Ramadhan Saifullah.

Pemain import, Leandro Velazquez, menjadikan kedudukan 4-1 untuk skuad kendalian Benjamin Mora itu melalui sepakan percuma pada minit ke-85.

"Bukan mudah untuk mengekalkan kejuaraan.

"(Sejak dibenarkan menyambung latihan), adakalanya kami mengadakan beberapa sesi latihan dalam satu hari.

"Kami kembali dengan sempurna.

"Seperti yang Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, katakan, persiapan adalah kunci kejayaan," kata jurulatih dari Mexico itu.


Keputusan lain:

Liga Super

UiTM FC 2 Petaling Jaya FC 4


Liga Perdana

Pulau Pinang 4 Kelantan United 0

Perak II 0 Kuala Lumpur 0

Selangor II 2 UKM 1

Sarawak United 0 Terengganu II 1