JDT lunas misi tiga mata di Kuantan

Oleh Ammar Hakim 28 Ogos 2020 1261
JDT lunas misi tiga mata di Kuantan
Misi tercapai buat Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menyasarkan tiga mata penuh dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur apabila berjaya meraih kemenangan 3-2, sebentar tadi.

Dalam ketiadaan Mohamadou Sumareh bersama skuad kendalian Dollah Salleh, mereka terpaksa menelan pahit apabila gagal mencipta kemenangan beraksi di laman sendiri.

JDT tampil garang seawal minit kelima apabila berjaya memecah kebuntuan hasil sepakan percuma yang disempurnakan oleh Leandro Velazquez. 

Permainan agresif yang ditampilkan oleh JDT tidak mampu diserap oleh Pahang selepas anak buah Benjamin Mora berjaya menyaksikan menggandakan jaringan. 

Hasil umpanan Afiq Fazail, Ramadhan Saifullah, yang turun dalam aksi pertamanya bersama JDT, mencetak nama selaku penjaring kedua buat pelawat.

Ramadhan sekali lagi menjadi duri kepada Pahang di minit ke-34 apabila sekali lagi mencipta masalah buat Pahang -- Kekasaran daripada Herold Goulon menyaksikan pengadil hadiahkan JDT sepakan penalti sebelum disudahkan oleh Gonzalo Cabrera tenang menyempurnakan percubaan menyaksikan kedudukan tiga jaringan tanpa balas.

Pahang mencipta kebangkitan dengan dua gol pantas dalam tempoh lima minit sebelum kedua-dua pasukan menuju bilik persalinan.

Kesilapan penjaga gol JDT, Farizal Marliasm, membuka ruang buat Faisal Halim menghasilkan jaringan pertama bersama Pahang disusuli tandukan Herold Goulon untuk gol kedua Pahang.

Tiada jaringan berjaya terhasil dalam separuh masa kedua sekaligus memberikan kemenangan berharga buat JDT di tempat lawan. 



Keputusan lain:

Liga Super

FELDA UNITED 0 UITM FC 1

PERAK 0 MELAKA 1

Liga Perdana 

KUALA LUMPUR 2 UKM 1

NEGERI SEMBILAN 1

KUCHING FA 1 SELANGOR II 2

Kredit: MFL

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen