Isu tunggakan gaji: Pemain boleh buat aduan kepada FAM

Oleh Bernama 22 April 2020 36
Isu tunggakan gaji: Pemain boleh buat aduan kepada FAM
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menasihatkan mana-mana pemain Liga Malaysia (Liga-M) yang berdepan masalah tunggakan gaji supaya membuat aduan rasmi kepada badan induk itu untuk tindakan susulan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan FAM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pasukan terlibat tanpa memperoleh aduan rasmi atau bukti kukuh daripada pemain bahawa mereka tidak menerima sebarang bayaran gaji.

Beliau berkata pemain boleh membuat aduan rasmi kepada FAM menerusi pelbagai saluran termasuk e-mel walaupun kerajaan masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan mengekang penularan wabak COVID-19.

“Kita tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pemain setakat ini.

Macam kes tunggakan gaji beberapa pemain sebelum ini, mereka perlu kemukakan aduan rasmi kepada FAM, dan bukan hanya meluahkan perkara berkenaan di laman sosial masing-masing,” katanya kepada Bernama, hari ini. 

-- BERNAMA

Tentang Penulis

Bernama

Komen