Isu Kalonda: Safee seru Harimau Malaya elak ghairah tagih bakat luar 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 Julai 2020 456
Isu Kalonda: Safee seru Harimau Malaya elak ghairah tagih bakat luar 
Bekas ketua pasukan Harimau Malaya, Safee Sali, pula berpandangan Liga Malaysia (Liga-M) mempunyai kualiti untuk melahirkan pemain berwibawa bagi mengangkat nama negara ke persada antarabangsa. 

Wira Malaysia dalam kempen Piala AFF 2010 itu berharap bakat pemain tempatan perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum khidmat pemain naturalisasi mahupun pemain warisan dipertimbangkan. 

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam menolak permohonan pemain dari Congo, Marcel Kalonda, di sebalik pertahanan itu mengakui datuk dan bapanya mempunyai pertalian darah dari Sabah, dalam usahanya mewakili skuad kebangsaan. 

"Kenapa mahu cari pemain dari luar sedangkan kita (Malaysia) bukannya ketandusan pemain yang bagus.

"Bagi saya (perkara ini) merugikan dan mencemarkan nama negara, seperti Malaysia ini mudah terdedah dengan penipuan.

"Bakat pemain yang lahir di sini, yang memiliki raut wajah orang Malaysia, kenapa nak agungkan pemain kononnya berdarah kacukan," katanya. 




 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen