Isu hutang tidak selesai yang membelenggu Felda United mendapat jaminan penuh dari jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, bahawa ia akan berakhir bulan depan.

Apa yang pasti, keadaan yang melanda The Fighters ketika ini dalam keadaan terkawal.

Biarpun ada dakwaan masalah pembayaran gaji tidak selesai, namun ia dianggap bersifat terpencil oleh pihak pengurusan.

Segalanya akan diselesaikan selewat-lewatnya penghujung bulan depan atau sekurang kurangnya sebelum saingan musim 2020 bermula.

"Saya harap semua ini selesai kerana ia memberi imej yang baik kepada Felda selain memberi gambaran yang baik kepada peminat, penonton dan pengkritik bahawa kelab ini stabil," katanya di ibu negara, hari ini.

Tambahnya, jumlah baki pembayaran yang tinggal hanya sekitar 10-20 peratus sahaja dan ia boleh diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Dalam masa sama, Felda sudah pun memulakan persediaan menjelang musim 2020 sejak sebulan lalu dalam usaha untuk membentuk sebuah pasukan yang bukan sekadar mengisi jadual perlawanan semata-mata.

"80 peratus hutang tertunggak 2019 sudah diselesaikan dan menjelang Februari depan, kami tidak akan sebarang hutang tertunggak lagi."

Editor: Shaiful Shamsudin