Pertahanan Kedah, Irfan Zakaria, menganggap keputusannya untuk berhijrah ke skuad Lang Merah itu musim baru ini sebagai satu pilihan yang tepat walaupun terpaksa bersaing dengan dua pertahanan import.

Bekas pemain Kuala Lumpur itu melakukan perpindahan bermakna dalam kariernya untuk menyertai salah satu pasukan gergasi tanah air berkenaan.

Walaupun mahu merebut peluang untuk meningkatkan prestasi ke tahap lebih baik, Irfan mengakui dia mungkin akan lebih memanaskan bangku simpanan.

Ia kerana pasukan juara Piala FA itu turut memiliki Renan Alvez dan Shakir Hamzah, yang membentuk gandingan mantap di posisi itu sepanjang musim lalu.

"Persaingan agak seimbang kerana kami sudah memiliki dua pemain import, Renan dan Shakir.

"Bagi saya, persaingan itu sesuatu yang bagus untuk membuktikan apa yang saya miliki," katanya selepas majlis resepsi perkahwinannya di Kajang semalam.

Semoga kehadiran isterinya, Mas Hamizah Izhar, akan memberikan semangat baru buat Irfan dalam menempuhi kariernya.


Editor: Muzaffar Musa