Irfan bawa skuad terbaik ke Vietnam

Oleh Tengku Danish Bahri 23 Disember 2018 3842
Irfan bawa skuad terbaik ke Vietnam
Skuad Terengganu FC (TFC) menjadikan Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam, sebagai medan pemanas badan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula Februari depan.

Menurut pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, TFC akan berada di bandaraya itu dari 13 hingga 18 Januari ini dengan mengatur tiga perlawanan menentang kelab liga Vietnam (V League 1).

Aksi persahabatan tersebut menjadi peluang menguji keserasian pemain dengan membawa skuad terbaik ,termasuk muka-muka baru TFC.

"Kami akan bertemu juara Piala Kebangsaan Vietnam, Binh Duong FC, Ho Chi Minh FC serta satu lagi kelab tempatan, Troung Giang FC," katanya.

Sementara itu Irfan masih berahsia dengan kelibat awang import kelima yang akan mengisi kuota Asia dengan kehadirannya dijangka selesai hujung bulan ini atau awal bulan depan.

"Saya sudah mengenal pasti pemain itu dan merancang mengumumkannya pertengahan bulan ini, namun pemain berkenaan masih terikat dengan kontrak bersama kelab lamanya," tambahnya.

Kredit foto: Terengganu FC (TFC)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen