Indra Putra selesa beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Oleh Penulis Jemputan 31 Disember 2017 240
Indra Putra selesa beraksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Kapten dan tonggak tengah Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur walaupun aksi persahabatan dengan
PKNS FC semalam adalah kali pertama skuad warga kota beraksi di stadium itu sejak 2013.


Bagi Indra, tiada masalah buat dirinya beraksi di stadium tersebut.

Bekas pemain kebangsaan ini menyifatkan keadaan rumput di stadium itu berada dalam keadaan yang baik.

"Kami bermain dengan baik di stadium ini. Pujian harus diberikan kepada pihak yang bertugas bagi memastikan keadaan padang berada dalam keadaan yang baik," kata Indra.

Pemain sayap Kuala Lumpur, Zaquan Adha Abdul Radzak, turut menyambut baik kehadiran ramai penyokong Kuala Lumpur ketika aksi dengan PKNS itu.

Zaquan berharap dengan adanya stadium sendiri untuk musim 2018, penyokong skuad warga kota akan terus memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang musim 2018.

"Penyokong pasukan Kuala Lumpur ramai turun memberi sokongan. Saya berharap ia akan diteruskan bagi saingan Liga Malaysia yang akan bermula nanti," kata Zaquan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen