Impian Halim sertai Selangor tercapai

Oleh Staff Writer 27 Disember 2018 694
Impian Halim sertai Selangor tercapai
"Sarung jersi Selangor adalah impian saya sejak kecil," itu pengakuan tonggak baru Red Giants, Halim Saari, walaupun dirinya bukan anak jati Selangor dengan harapan menjulang satu piala musim depan.

Halim meninggalkan Kedah untuk menyertai Selangor bersama beberapa tonggak seperti Syazwan Zainon dan Wan Zack Haikal Wan Noor bagi musim 2019 di bawah kendalian ketua jurulatih baru, B. Sathianathan.

Menyertai juara Piala Malaysia 33 kali itu sebagai impiannya sejak kecil, Halim berharap untuk meraih gelaran bersama Selangor.

"Saya berhijrah ke Selangor untuk mendapatkan pengalaman baru. Setiap pemain memiliki impian untuk menyertai pasukan ini," katanya.

Pemain tengah itu berharap dapat menampilkan persembahan terbaik dalam sesi latihan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

"Selangor dibarisi ramai pemain berkualiti bagi musim 2019. Kami akan bersaing secara sihat untuk memastikan jurulatih dapat menurunkan kesebelasan terbaik dalam setiap perlawanan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen