Hilangnya seorang penyokong sejati dari Perak

Oleh Shaiful Shamsudin 1 November 2016 9
 Hilangnya seorang penyokong sejati dari Perak
Arena sukan negara berduka dengan kehilangan seorang peminat sejati sukan tanah air dari Ipoh, Tan Chong Wah. 

Lebih dikenali sebagai Ah Wa, kelibatnya sentiasa ada di Stadium Perak, Stadium Hoki Azlan Shah atau mana-mana stadium bola sepak di Malaysia walaupun beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dia bukan atlet, pegawai atau memiliki pangkat besar dalam sukan negara tetapi siapa yang selalu berada di tempat duduk penonton pasti kenal dengan Ah Wa. 

Hebatnya Ah Wa sehingga peminat bola sepak mewujudkan akaun Facebook "Ah Wa The Legend Of Perak Supporter" yang memiliki hampir 6,000 pengikut.

Malah, beliau juga mendapat Anugerah Ikon Peminat Sukan ketika Hari Sukan Negara peringkat Negeri Perak, tahun lalu.

Namun sejak September lalu, Ah Wa terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak akibat masalah kesihatan.

Tahap kesihatannya semakin merosot dan semalam, ahli keluarganya menyampaikan berita sedih dengan memaklumkan Ah Wa sudah tiada. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen