Gergasi Merah jana RM700,000

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Ogos 2020 3970
 Gergasi Merah jana RM700,000
Tatkala kantung kebanyakan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) terjejas ekoran wabak COVID-19, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebaliknya mengukuhkan kewangan menerusi program penajaan kecil-kecilan.

Program itu menarik minat 40 penaja apabila berupaya menjana dana sebanyak RM700,000.

"Program ini sebenarnya ilham daripada penajaan di Jepun.

"Kami mempunyai  imbuhan untuk ditawarkan.

"Yang pertama, pengecualian cukai kepada penaja biarpun penajaannya bernilai RM20,000 atau RM10,000," katanya kepada wakil Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

 

How hard do you work in training? ­č嬭č嬭čĺ¬ Brendan & Rufo: #RedGiants #KitaAdalahSatu

Posted by FA Selangor on Sunday, August 2, 2020



Begitupun, FAS berterima kasih terhadap kerjasama kerajaan negeri menerusi pakej menarik yang mampu menarik minat penaja. 

"Ia model (kaedah menarik penajaan) yang mempunyai potensi luas buat pasukan di negeri seperti Pulau-Pinang, Kedah, Terengganu, Pahang malah Johor.

"Syarikat kecil yang berdaftar di Selangor perlu proaktif (daripada segi mendekati pelanggan)."

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen