Gagal lunas gaji punca Melaka tewas -- Yusoff

Oleh Ammar Hakim 2 April 2020 37
Gagal lunas gaji punca Melaka tewas -- Yusoff
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi, mengakui kekalahan pertama musim ini kepada Felda United mungkin berpunca daripada kegagalan pihak persatuan menjelaskan bayaran gaji sejak Febuari lalu.

"Tunggakan gaji adalah sesuatu yang sentiasa menjejaskan prestasi pasukan," kata Yusoff.

Pihak pengurusan mengambil maklum dengan dakwaan bahawa ada pemain yang memboikot perlawanan ketika kekalahan pertama musim ini ke atas Felda.

Namun situasi itu gagal menyelesaikan isu pembayaran gaji yang terus membelenggu kem Melaka.

Kali ini ia melibatkan proses pembayaran yang lambat memakan masa selama tiga bulan sejak Febuari lalu.

Situasi terkini, MUSA sekali lagi bertukar presiden -- difahamkan presiden baru, Datuk Sulaiman Md Ali, sudah pun mengambil maklum berkaitan situasi sukar pemain dan barisan kejurulatihan namun belum ada sebarang jawapan pasti.

"Presiden cuba memberikan tumpuan kepada bola sepak Melaka ketika semua individu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," kata Yusoff.

Melaka juga terpaksa akur dengan pemotongan tiga mata ekoran kegagalan pihak MUSA melangsai hutang lama sebanyak RM1.4 juta dan kini menghuni kedudukan dua tercorot liga.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen