Perancangan tetap berjalan seperti biasa, skuad bola sepak Selangor kekal dengan perancangan untuk mula berlatih 9 Jun ini. Apa yang ditunggu kini adalah pengesahan kerajaan negeri Selangor, dan bukannya daripada badan pengendali liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pendirian itu dinyatakan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon yang yakin prosedur operasi standard (SOP) mereka patuh kepada garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kami sedang menunggu kelulusan yang dikeluarkan daripada kerajaan negeri sebelum memulakan sesi latihan," kata Johan.

SOP skuad Selangor termasuklah syarat pemain dan pegawai menjalani ujian saringan sebelum bermula latihan selain mengelak kontak rapat dan sesi latihan membabitkan lima atau enam pemain sahaja.

"Bercakap mengenai latihan, latihan fizikal, simulasi permainan mampu dilakukan ketika latihan secara bersendirian atau berskala kecil."