FAM nafi 'restu' FAS berhubung isu Sumareh

Oleh Ammar Hakim 23 September 2020 275
FAM nafi 'restu' FAS berhubung isu Sumareh
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menafikan telah memberi 'restu' kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam usaha mendapatkan khidmat pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh.

FAM sebaliknya hanya memberikan pengesahan bagi status Sumareh dengan majikan terdahulu iaitu Pahang -- yang sudahpun membuat pembatalan kontrak menerusi klausa 8.7.

"Saya telah mengemukakan kedudukan FAM dalam hal melibatkan isu Sumareh, benar Dr Johan Kamal Hamidon (Setiausaha Agung FAS) telah menghubungi saya, tetapi FAM tidak memilik hak untuk memberikan lampu hijau atau kebenaran," kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

"Perbualan saya dengan Johan adalah mengenai status Sumareh dan kami hanya boleh memberikan mengenai kedudukan pemain itu sahaja dan tidak selebihnya."

Dalam perkembangan yang berkaitan, FAM sedang menunggu tindakan seterusnya daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"FAM tidak hendak mengambil kes ini, namun kes telah dibuka dan terpaksa menunggu keputusan daripada FIFA sebelum tindakan selanjutnya boleh dilakukan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen