Diaib JDT, Sathianathan dipecat serta-merta

Oleh Ammar Hakim 21 September 2020 25921
Diaib JDT, Sathianathan dipecat serta-merta
Berikutan kekalahan 6-1 kepada Johor Darul Ta'zim, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat pengendali pasukan, B. Sathianathan.

Sathianathan yang menyatakan selepas tamat perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim bertanggungjawab selepas pasukannya diaibkan di tangan JDT Sabtu lalu.



 

Perkembangan itu disahkan Sathianathan selepas satu pertemuan pagi tadi, bersama kepimpinan tertinggi FAS antaranya, Presidennya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Timbalan Presiden Datuk Seri Shahril Mokhtar.

 
Selepas lapan perlawanan, Selangor kini menghuni tangga ketujuh dengan 10 mata.


 
 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen