Turun dengan misi memburu kemenangan dalam memastikan PJ City kekal dalam saingan Liga Super musim 2021, ketua jurulatihnya, K. Devan, beranggappan kejayaan mengatasi UiTM FC cukup berharga.

Kemenangan 4-2 itu diraih selepas Devan cekap menghidu kekurangan anak buahnya dalam babak pertama dan terus membuat beberapa pertukaran pemain dalam separuh masa kedua.

"Saya mengenal pasti dalam kelemahan dalam permainan di bahagian hingga melakukan hantaran yang kemas, pertukaran dan perubahan yang dilakukan untuk separuh masa kedua berhasil buat kami dan berjaya memastikan kemenangan," kata Devan.

Sementara itu, ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt, berharap barisan anak buahnya memberi fokus 100 peratus lebih-lebih lagi pada awal perlawanan ia susulan untuk mengelakkan prestasi hambar berulang lagi.

Ini merupakan kekalahan terbesar pasukan universiti tersebut serta kekalahan kedua di laman sendiri.

Terlepas tiga mata semalam, terkubur impian UiTM menamatkan kempen Liga Super di kedudukan kedua.

"Ia amat sukar buat mereka untuk mendapatkan motivasi selepas jauh ketinggalan. Mungkin kami mungkin mempunyai peluang untuk menambah jaringan sementara pada permulaan permainan agak hambar dan ia antara punca kekalahan pasukan," katanya.