Devan: Dua jaringan serangan balas Terengganu musnah harapan PJ City 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Ogos 2020 683
Devan: Dua jaringan serangan balas Terengganu musnah harapan PJ City 
Penyerang import Terengganu FC (TFC), Dominique Da Sylva, mengakui tiada rahsia di sebalik aksi cemerlangnya meledak dua gol untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas PJ City di Stadium MBPJ, malam tadi. 

Penggempur itu, yang menyumbangkan gol dalam setiap babak dengan yang pertama berpunca dari kawasan tengah sebelum dia meluru dan membuat sepakan leret ke arah pintu gol sementara gerakan jaringan kedua hampir sama cuma berbeza dengan penyudah lambungan, untuk membuktikan sentuhannya tidak berkarat walaupun saingan Liga Malaysia (Liga-M) terhenti selama empat bulan ekoran pandemik COVID-19.

Penggempur sasa dari Mauritania itu memastikan tiga mata berharga buat TFC sambil mengumpul enam gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super.

"Saya gembira buat pemain, jurulatih dan peminat memandangkan kami sudah boleh kembali beraksi.

"Saya gembira kami memungut tiga mata. 

"Kami sebagai sebuah keluarga dan pasukan, oleh itu saya tidak mampu mencapai prestasi ini tanpa bantuan semua pihak. 

"Kami bersatu padu dan saya gembira dapat menjaringkan dua gol bagi membantu pasukan," katanya sejurus tamat perlawanan di Petaling Jaya itu. 


 
Posted by TERENGGANU FC on Tuesday, August 11, 2020


Tewas di laman sendiri jelas sekali tidak menggembirakan pengendali PJ City K. Devan.

Beliau menegaskan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan pemain pertahanan yang menjadi punca utama kekalahan pasukannya.

"Terengganu mampu menjadikan gol melalui serangan balas apabila berdepan detik situasi satu lawan tiga di bahagian pertahanan kami. 

"Ini satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku di peringkat seperti ini. 

"Gol kedua pula hadir ketika kami menguasai permainan dengan mengatur serang, dan sekali lagi kami (gagal mematahkan) serangan balas untuk mereka menjaringkan gol kedua," jelasnya. 

SOROTAN PERLAWANAN CIMB LIGA SUPER - LS4 Liga Malaysia kembali bersambung malam tadi dengan perlawanan antara PJ City...

Posted by Malaysian Football League on Saturday, August 22, 2020

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen