De Paula sah sertai Perak

Oleh Azizan Hashim 12 Disember 2019 4105
De Paula sah sertai Perak
Teka-teki mengenai siapa pemain import Perak terjawab apabila bekas penyerang Kuala Lumpur, Guilherme De Paula, sah menyertai pasukan The Bos Gaurus itu untuk kempen Liga M 2020.

Perkara itu disahkan pengurus pasukan, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, sebentar tadi bagi menamatkan spekulasi mengenai isu itu selepas gambar pertemuannya dengan Menteri Besar Perak merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, tersebar baru-baru ini. 

"De Paula sah milik Perak bagi menggantikan Ronaldo (Henrique Silva) selaku penyerang utama. 

"De Paula menjadi watak penting yang membantu skuad The City Boys itu muncul juara Liga Perdana musim 2017 dengan meledakkan 27 gol.

"Semoga kehadiran De Paula akan menambah bisa jentera serangan The Bos Gaurus!

"Kami berharap dia mampu meneruskan kesinambungannya bersama Perak," katanya. 

Dengan pengambilan De Paula, ia bererti Perak mempunyai tiga pemain import, termasuk Leandro Dos Santos dan Raianderson Da Costa Morais (Careca). 

Menurut pengurus Perak itu, seorang pemain pertahanan juga berada dalam radar sebagai usahanya untuk memperkukuh dan memperkasakan pasukan. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen