COVID-19: Safee tidak sabar latihan penuh, Sathianathan intai aksi ujian  

Oleh Staff Writer 10 Julai 2020 449
COVID-19: Safee tidak sabar latihan penuh, Sathianathan intai aksi ujian  
Peluasan sektor sukan dan rekreasi yang memasuki fasa tiga mendapat pandangan positif daripada pemain PJ City FC merangkap Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali, sangat kembira dengan keputusan yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini. 

Aktiviti sukan bersentuhan seperti bola sepak, futsal, ragbi dan hoki akan mendapat lampu hijau bermula Rabu depan sambil kejohanan dibenar dianjurkan tanpa penyokong dari 15 Ogos depan. 

"Ia satu keputusan yang amat baik yang perlu disambut oleh pemain dan seluruh pasukan.

"Sebelum ini, kami berlatih dalam beberapa kumpulan kecil bagi menjaga penjarakan sosial (pencegahan wabak COVID-19).

"Barisan pemain sudah tidak sabar untuk berlatih secara penuh dan yang lebih penting, ia mampu untuk memberikan persediaan sebelum liga bersambung semula," kata kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.




Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, turut menyambut baik kebenaran latihan bersentuhan termasuk melibatkan aksi memanas badan sebagai persiapan Gergasi Merah menghadapi saingan Liga Super.


 

Hari Kelima Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Kebangsaan | 10 Julai 2020 Skuad B-19 kebangsaan kendalian Brad Maloney...

Posted by Football Association of Malaysia on Friday, July 10, 2020


"Pada saya tidak masuk akal sekiranya kami tidak mempunyai latihan bersentuhan tetapi turun menghadapi perlawanan.

"Sekiranya ada latihan bersentuhan sekali pun, apa yang penting adalah perlawanan persahabatan.

"Ia sebagai persediaan untuk minda pemain berhubung larangan-larangan baru ketika perlawanan mengikut prosedur operasi standard (SOP)," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen