Black Panther salur semangat buat Da Sylva

Oleh Ammar Hakim 30 Ogos 2020 852
Black Panther salur semangat buat Da Sylva
Tonggak import Terengganu, Dominique da Sylva, menjadikan adiwira Black Panther lakonan mendiang Chadwick Boseman sebagai sandaran semangat ketika membantu Terengganu merekodkan kemenangan 4-0 ke atas Sabah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Malah jaringan ketujuhnya musim ini, dianugerahkan kepada Boseman yang telah dikejutkan mengenai perkhabaran telah meninggal dunia semalam susulan bertarung dengan kanser colon sejak 2016.

"Saya agak terkejut apabila mendapat tahu perkhabaran Boseman yang telah meninggal dunia. Saya bagaimanapun terpaksa memberikan tumpuan kepada perlawanan dan menujukan jaringan ini buat dirinya," kata Da Sylva.

Dua jaringan daripada Sanjar Shaakhmedov dan satu menerusi Faris Ramli memastikan Terengganu memintas Perak untuk berada di kedudukan kedua liga, dan tiga mata dibelakang Johor Darul Ta'zim (JDT).
 

Ini juga kemenangan pertama Terengganu di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini dengan dua aksi di stadium sendiri sebelum ini berkesudahan kekalahan di tangan Perak dan seri ketika menentang Selangor.

"Kami memang memerlukan kemenangan ini. Kami mengetahui setiap perlawanan penting dan kami memerlukan kutipan mata dalam perlawanan akan datang," kata Nafuzi.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen