Bernhardt puji UiTM ikat Selangor di sebalik keracunan makanan 

Oleh Shaiful Shamsudin 27 September 2020 213
Bernhardt puji UiTM ikat Selangor di sebalik keracunan makanan 
Semangat "UiTM Dihatiku" dipamerkan sepenuhnya ketika tuan rumah mengikat gergasi Liga Malaysia (Liga-M), Selangor, 3-3 malam tadi. 

Walaupun hampir keseluruhan pasukan dibelenggu keracunan makanan, UiTM FC tabah mengharungi perlawanan itu selama 90 minit untuk cuba meraih kemenangan ke atas The Red Giants dalam aksi Liga Super di Shah Alam. 

Impian kemenangan itu hampir bertukar realiti tetapi tuah lebih memihak kepada Selangor apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-90 untuk disempurnakan Ifedayo Olusegun.

"Kami turun dengan 10 pemain yang menghadapi keracunan makanan sejak awal pagi tadi (semalam). Malah, dua orang terpaksa dimasukkan ke hospital. 

"Jadi kami tidak dapat menjelmakan permainan sebenar dan ia terbukti pada awal permainan," kata jurulatih UiTM, Frank Bernhardt.

Pemangku jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner, pula berpandangan: "Pemain saya berdepan kesukaran di bahagian pertahanan dalam perlawanan lalu, jadi ia mungkin masih bermain di di fikiran mereka.

"Kami akan berbincang mengenai hal ini dan dalam baki perlawanan akan datang, saya harap benteng kami lebih stabil seperti yang ditonjolkan dalam separuh masa pertama, ia menjadi."


Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen