Pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt kekal bersama The Lion Troops semusim lagi dengan objektif layak ke Piala AFC 2022.

"Saya sangat gembira kekal bersama UiTM kerana saya sangat berpuas hati dengan cara kerja bersama pasukan ini, untuk apa saya beralih pasukan kerana gembira bekerjama dengan pasukan ini," kata Bernhardt.

"Motivasi terbaru adalah memastikan pasukan menjadi lebih baik. Tumpuan seterusnya adalah memastikan berada di kelompok enam terbaik. Kami mahu membuktikan UiTM bukan pasukan untuk mememenuhi saingan liga dan membuktikan kemampuan sebenar pasukan."

Bagi Presiden UiTM, Prof Dr. Azizan Abdullah, berkata "Kami memberikan setahun lagi buat Bernhardt dan mahu memastikan UiTM kekal dalam saingan liga dan layak ke Piala AFC. Prestasi musim ini adalah yang terbaik dalam saingan Liga Super."