Belanja ikut kemampuan kewangan -- Khairy

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Disember 2016 6
 Belanja ikut kemampuan kewangan -- Khairy
Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada Selangor, Kelantan dan Perlis untuk mengesahkan kedudukan masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga M) tahun depan. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, pihaknya sudah pun menuntut maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengenai hasrat mereka yang disuarakan menerusi media massa sebelum ini. 

"FMLLP telah memanjangkan surat kepada dua pihak sebelum ini, iaitu kepada Kelantan dan Perlis, berhubung kenyataan-kenyataan di media untuk membuat pengesahan (pendaftaran) pasukan sebelum 30 Disember ini supaya FMLLP mendapat gambaran yang lebih jelas lagi," katanya. 

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Khairy menyarankan agar FAS berbelanja mengikut kemampuan untuk skuad Selangor daripada membuat keputusan menarik diri. 

"Saya berharap mereka beroperasi mengikut kewangan, tak payahlah nak dapatkan khidmat pemain-pemain yang bergaji besar.

"Sebaliknya, gunakan pemain muda yang sedia ada untuk mengurangkan bajet," kata Khairy. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen