Azlan pertahan tindakan FAM kendali kes

Oleh Staff Writer 21 Oktober 2016 19
Azlan pertahan tindakan FAM kendali kes
Pemerhati bola sepak negara, Azlan Johar, mempertahankan tindakan Jawatankuasa Tatatertib, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan kes penggantungan pemain walaupun mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

Kancah bola sepak tempatan kecoh apabila Jawatankuasa Tatatertib FAM mengumumkan Pahang diberi kemenangan percuma semalam.

Ia bagi perlawanan menentang Kedah di Alor Setar, 3 Ogos lalu, selepas Kedah didapati bersalah kerana menurunkan pemain yang digantung perlawanan, iaitu pemain pertahanan, Mohd Rizal Mohd Ghazali.

Keputusan tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk cadangan agar tempoh bantahan untuk kes penggantungan pemain diwujudkan.

"Mereka perlulah berani mengambil risiko, contohnya bantahan haruslah dilakukan dalam tempoh tujuh hari. 

"Mereka berani mengambil risiko untuk menurunkan pemain yang digantung, dan mengharapkan pasukan lawan tidak melakukan sebarang bantahan, jadi mereka berasa selamat. Itu menunjukkan wujudnya satu ruang ketidakadilan. 

"Tempoh bantahan tidak perlu ada, ia perlu berjalan seperti biasa dan kami mahu bola sepak dimainkan dan dijadualkan mengikut peraturan-peraturan yang bersih," katanya.

Bekas pemain Selangor itu turut memuji tindakan jawatankuasa berkenaan, yang berjaya mengenal pasti kesalahan sesebuah pasukan sebelum tamat saingan liga.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen