Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal, tidak menolak kemungkinan pemain sayap Indonesia, Andik Vermansyah, tidak akan bersama Selangor
untuk saingan Liga Malaysia musim depan.


Andik sebelum ini menyatakan tidak akan lagi bersama Selangor musim depan menerusi laman sosial instagram miliknya.

Ada kedatangan pasti ada kepergian.4 tahun bersama selangor kenapa saya meneteskan air mata di pertandingan terakhir karna banyak kenangan manis pun pahit sudah saya rasakan bersama keluarga besar selangor bukan karna tidak diperpanjang.karna itu memang sudah adat sepak bola.saya sangat terimakasih banyak kepada seluruh penyokong selangor maupun penyokong saya dari malaysia dan seluruh warga indonesia yang bekerja di malaysia dan sahabat-sahabat saya yang sayang sama saya. Dan tidak tahu kenapa selangor (shahalam)seperti bandar saya sendiri rasanya berat meningalkan kota tersebut karna banyak orang baik-baik kepada saya dan banyak teman-teman baru disana. Dan saya mahu minta maaf kepeda seluruh selangor apa bila ada kesalahan yang tidak sengaja mungkin menyakiti perasaan anda semua dan selama 4 tahun saya hanya boleh dapatkan piala satu saja.salam saya buat selangor fa semoga selangor terus berjaya dan sukses selalu.sebenernya masih banyak kata kata yang belum saya ucapkan tetapi tidak kuasa menahan tangis. i love you selangorFA????? #kerjaKenabersih #kerjaPakaiHati #tangisbukancengeng #cintailahKerjaAnda #imissYou #selangorFa ????????????????

A post shared by Andik Vermansah (@andikvermansah) on


Subahan ketika ditemui menyifatkan Andik antara tonggak penting pasukan sejak menyertai Selangor pada 2014.

Namun, selepas berbincang dengan Andik dan ejennya, Subahan memberi gambaran FAS akan meleraikan ikatan dengan pemain itu musim depan.

"Saya berasakan masih terlalu awal dan telah berbincang dengan ejen Andik, kami difahamkan Andik telah menerima beberapa tawaran," kata Subahan.

"Pihak pengurusan Selangor sangat mudah, kami tidak akan memaksa mana-mana pemain untuk kekal kerana lebih banyak pasukan lain yang boleh menawarkan gaji yang lebih lumayan," katanya.

Sementara itu, Subahan mengakui skuad Selangor akan dibarisi ramai pemain daripada skuad Piala Presiden musim depan.

"Mungkin terdapat pihak yang mengatakan ia satu risiko yang besar diambil oleh Selangor. Kami bukan pasukan yang mengejar kejuaraan tetapi lebih mengutamakan kepada peningkatan persembahan pemain muda yang bakal mengharumkan nama negara pada masa akan datang," katanya lagi.

FAS kini berdikari mencari dana sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri dan perlu mengendalikan perbelanjaannya secara berhemah.

Senarai akhir skuad Selangor untuk musim 2018 akan diputuskan FAS minggu depan.