Aksi pra musim Perak bermula dengan kekalahan

Oleh Shaiful Shamsudin 24 Disember 2016 0
Aksi pra musim Perak bermula dengan kekalahan
Perak  tumbang 2-1 kepada Felcra FC dalam aksi persahabatan di Stadium Ipoh, petang tadi takkala ketua jurulatih, Karl Heinz Weigang, bercuti sempena perayaan Hari Natal.

Tidak gusar dengan kekalahan ini, penolong ketua jurulatih, Chong Yee Fatt, tetap yakin The Bos Gaurus akan bangkit berdasarkan persembahan keseluruhan yang dipamerkan.

241216 perak 2017
Kata Yee Fatt,"Pemain sebenarnya baru dikumpulkan dan ini pertama kali digandingkan. Kami masih lagi mencari keserasian dan memilih pemain terbaik untuk kesebelasan utama nanti.

"Secara dasarnya saya dah nampak kredibiliti pemain-pemain kerana ada masanya persembahan taktikal mereka memukau petang ini".

Sementara itu ketua jurulatih Felcra FC, Yusri Che Lah, juga tidak menafikan malah berkata Perak mampu pergi jauh dalam saingan Liga Super 2017.

"Dalam perlawanan persahabatan ini Perak masih tercari-cari rentak. Apa pun saya bangga dengan pemain (Felcra FC) kerana dapat bersaing malah menjaringkan dua gol di tempat lawan.  Ini meningkatkan moral pemain kerana Perak adalah pasukan daripada Liga Super'.

Gol Felcra dijaringkan Mohd Ikmal Ibrahim dan Muhammad Ubaidullah Abd Rahman sebelum Perak mengurangkan defisit melalui pemain import, Vladislav Mitco Michev, pada minit ke-76.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen