Akademi JDT diangkat Ahli Emas Piagam SupaRimau FAM

Oleh Bernama 4 Ogos 2020 194
 Akademi JDT diangkat Ahli Emas Piagam SupaRimau FAM
Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi akademi bola sepak pertama di negara ini yang menerima anugerah Ahli Emas Piagam SupaRimau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk program pembangunan bola sepak akar umbinya.

Anugerah SupaRimau FAM yang julung kali diperkenalkan badan induk bola sepak itu adalah inisiatif dan komitmen FAM untuk meningkatkan tahap akademi bola sepak Malaysia dan meletakkan mereka di landasan yang betul di peringkat bola sepak akar umbi.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, berkata pengiktirafan itu adalah perangsang bagi akademi berkenaan agar bekerja lebih keras untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.

 

JDT ACADEMY AWARDED FAM SUPARIMAU CHARTER GOLD MEMBER STATUS 🥇❤️💙 Hidup Johor Demi Johor #HarimauSelatan #SouthernTigers #PermataSelatan #JewelOfTheSouth #JDTuntukSemua #JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, August 4, 2020


“Kami gembira kerana akademi ini diiktiraf oleh FAM dan saya rasa semua orang dapat melihat manfaat daripada apa yang anda lakukan jika anda benar-benar menumpukan perhatian kepada pembangunan belia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil dan plak Ahli Emas Piagam SupaRimau FAM di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri, hari ini.

Ia disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. 

Tentang Penulis

Bernama

Komen