Baru sahaja dua perlawanan kembali bersambung, Liga Super Malaysia terus gempar dan terbaru, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, mengambil sikap di atas pagar dengan tidak menafikan mahupun bersetuju dengan spekulasi sama ada dia akan ambil alih posisi rakan sejawat, Mehmet Durakovic, di Perak.

Jurulatih kelahiran Singapura itu enggan memberikan komen lanjut mengenai dakwaan pertemuan yang akan dibuat bersama wakil Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Ia sebagai tanda hormat Aidil Sharin terhadap rakan sejawatannya itu yang sama-sama sedang mempersiapkan pasukan masing masing untuk mengharungi Liga Super.

"Saya tidak boleh ulas tentang hal ini.

"Saya tidak mahu ambil pusing tentang cakap-cakap orang," katanya ketika dihubungi menjelang kunjungan ke Felda United, Sabtu ini.

SKUAD HIJAUKUNING KEMBALI BERAKSI 29 OGOS INI #LS5 Baki 7 perlawanan CIMB Liga Super, 3 perlawanan di halaman sendiri...

Posted by FA Kedah on Wednesday, July 29, 2020


Namun, pengendali berusia 43 tahun itu memberi jaminan bahawa tidak akan angkat kaki daripada Lang Merah dan akan kekal membawa cabaran bersama anak buahnya sehingga tamat musim ini biarpun dihimpit isu gaji.

"Kami mempunyai visi dalam menentukan hala tuju kami.

"Kami akan menghadapi satu persatu perlawanan," tambahnya.