21 pasukan lulus penswastaan daripada berstatus persatuan kepada kelab bola sepak untuk menjamin kedudukan mereka bersaing dalam Liga Super dan Liga Perdana 2021.

10 daripada 12 pasukan Liga Super musim 2020 terdiri daripada Felda United FC, UiTM FC, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC, Kedah FA, PDRM FA, Perak FA, Petaling Jaya City FC, Sabah FA, Selangor FA dan Terengganu FC telah mengesahkan status sementara dua lagi pasukan, Pahang FA dan Melaka FA, diberikan lesen kebangsaan dengan bersyarat.

Menurut wartawan Nadi Arena, Shahrazad Sani, dua pasukan -- Felda United dan UKM FC bagaimanapun perlu tampil dengan penjelasan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung beberapa ketirisan dalam proses penswastaan.

UKM misalnya menamakan ketua jurulatih, Sulaiman Hussin, sebagai pemilik kelab merangkap salah seorang daripada pengarah UKM FC sementara The Fighters perlu menjelaskan situasi semasa membabitkan pergolakan dalaman.

Felda nampaknya tidak mahu menanti lebih lama untuk menjelaskan situasi semasa berhubung kepincangan dalam proses penswastaan mereka kepada FAM.

Siaran Media: 13 Pasukan Lulus Lesen Kelab Untuk Beraksi Pada CIMB Liga Super 2021 & Liga Premier 2021; 7 Pasukan Dapat...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, October 5, 2020


Pengurusan The Fighters membuat pengumuman drastik untuk menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M), sejam selepas penerangan perlesenan dan penswastaan FAM dilakukan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Felda Rabu lalu -- yang telah pun mengambil alih pentadbiran dan pengurusan Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) bermula Khamis lalu -- sah menarik diri daripada menyertai sebarang saingan Liga-M tahun depan.

Begitupun, program akademi bola sepak Felda yang dikendalikan Felda United sebelum ini akan diteruskan.

Ia juga turut menjawab spekulasi mengenai penamatan perkhidmatan beberapa pegawai Felda United dan kejadian pecah masuk pejabat yang kini dalam siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Ini (satu) proses (ke arah kelab) profesional yang sedang kami kerjakan bersama pasukan.

"FAM sebagai badan induk tidak boleh bertanggungjawab dan berikan jaminan tetapi kami boleh bekerjasama agar memastikan perkara ini boleh diselesaikan.

"Isu gaji bukan lagi keawangan semasa, ia sudah berlarutan lama. Isunya (langkah yang diambil) lebih kepada pengendalian dalam isu (soal) pengurusan -- kewangan dan pengurusan tempatan.

"Kami rasa menerusi program, seminar dan bengkel pendidikan kami dapat memperkasakan pasukan agar perkara ini tidak berlaku lagi.

"Dalam proses (peralihan kepada) FC ini, peranan (tertumpu) kepada peranan individu seperti pemilik dan pengarah kelab, bukan macam pasukan berstatus FA dulu, iaitu apabila presiden atau exco meletak jawatan tetapi hutang-hutang tertinggal (terpaksa ditanggung oleh) bersama persatuan," kata Setiausaha Agung, Stuart Ramalinggam, dalam sidang Media Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional dan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM di Petaling Jaya, hari ini.