Andai Kedah makin parah, luka Kelantan pula terus berdarah.

Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, makin pening apabila tiga lagi anak buahnya menuruti jejak tonggak import dari Korea Selatan, Kang Seung-jo, apabila memilih untuk mengangkat kaki angkara gaji yang semakin tertunggak.

"Dua pemain yang meminta untuk menarik diri itu merupakan tonggak utama ketika kami bertemu UKM sebelum perlawanan ditunda sebelum ini.

"Saya tidak tahu apakah yang akan terjadi dalam perjalanan kami (ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang bertemu lawan yang sama) 22 Ogos ini, adakah pemain mencukupi.

"Saya harap pemain yang menarik diri itu ada hitam putih (dokumen) dengan pihak pengurusan.

"Kalau ditanya adakah saya terkesan atau tidak, itu sudah pasti. Saya 100 peratus sedang mengalami kesulitan," katanya dalam perkongsiannya bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.


Sekitar Mesyuarat Jawatankuasa (JK) Eksekutif KAFA bertempat di Wisma KAFA, Kubang Kerian. Mesyuarat JK Eksekutif yang...

Posted by Kelantan FA on Sunday, June 28, 2020


Kemelut kewangan meruncing yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyebabkan pemain dan pegawai pasukan itu sudah tidak menerima gaji selama empat bulan setengah.

Difahamkan, usaha skuad The Red Warriors (TRW) untuk mendapatkan penaja tersekat ekoran keenganan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Afandi Hamzah, melepaskan jawatannya.

"Sebagai pemain saya tidak boleh mengatakan sesuatu kepada majikan tetapi seandainya ia suatu perkara yang tepat, adalah lebih baik kita mengorbankan diri sendiri demi kebaikan semua orang.

"Seperti mana saya terbaca artikel daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, (yang menyampaikan mesej) berhubung dosa seorang majikan terhadap kegagalan membayar gaji.

"Saya harap ia berlaku untuk kebaikan semua orang."