Bekas pemain serba boleh, Wan Rohaimi Wan Ismail, menganggap pengalaman cetek bukan halangan untuknya mencipta kejayaan.

Ia susulan dia berdepan pengalaman pertama mengendalikan pasukan utama Liga Malaysia (Liga-M) apabila hari ini sah diumumkan sebagai jurulatih PDRM FC.

"Mengendalikan pasukan pelapis lebih berat sebenarnya.

"Di peringkat senior, semua orang melihat kepada keputusan perlawanan jadi saya akan berikan yang terbaik dan kita lihatlah kedudukan kami pada akhir musim kelak," katanya yang mengemudi pasukan remaja Penang FC musim lalu.


?????? ?????????? ????? ????? PDRM FC akan bertemu 3 pasukan ?????? ???? dan menutup bulan April dengan menentang...

Posted by PDRM Football Club on Monday, March 29, 2021


Dia juga tidak pernah berkecil hati dengan keputusan awal The Cops apabila diketepikan sebagai antara calon akhir pada awal musim ini berikutan kecenderungan pengurusan mendapatkan sentuhan Mat Zan Mat Aris sebagai jurulatih.

"Mungkin ketika itu pengurusan memilih jurulatih yang lebih berpengalaman.

"Kalau sudah rezeki tidak ke mana.

"Selepas lima perlawanan, PDRM menghubungi saya semula dan saya sebenarnya sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini."