Yusri tekad buktikan kredibiliti julang Kelantan 

Oleh Shaiful Shamsudin 9 September 2020 2374
 Yusri tekad buktikan kredibiliti julang Kelantan 
Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, sedia membuat pusingan 'U' untuk kekal membimbing The Red Warriors musim depan susulan tempatnya sudah dijamin oleh pemilik pasukan, Norizam Tukiman.

Ahli perniagaan itu dalam rancangan [email protected], kelmarin, mengesahkan berminat untuk terus menggunakan khidmat Yusri tetapi dalam masa yang sama sedia melakukan rombakan besar-besaran terhadap barisan pemain. 

"Saya menerima apa jua keputusan beliau selepas ini kerana saya mempunyai Allah dan Norizam merupakan takdir kami. Ia sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan akan berlaku di Kelantan melebihi apa yang saya ada hari ini. 

"Saya tidak akan melepaskan rezeki yang diberikanNya dengan begitu sahaja, saya tunjukkan sesuatu kepada beliau, Insya-Allah berikan rezeki yang lebih baik kepada Norizam dengan erti kata lain, kami mahu lakukan dengan terbaik," katanya ketika dihubungi.

 

MORNING TRAINING Usaha tangga kejayaan, Tanpa usaha tidak mungkin kejayaan akan didapati. #TRWKelantanFC #TeamRedWarriors #TRW2020 #GomoKelateGomo #KembaliBangkit

Posted by TRW Kelantan FC on Tuesday, September 8, 2020


Namun, jurulatih kelahiran Perlis itu mahu membuktikan terlebih dahulu pelaburan yang mahu dibuat oleh pemilik baru tersebut mampu memberi pulangan lumayan.

Norizam, ketika mengambil alih TRW dengan baki enam perlawanan Liga Perdana, menyasarkan kemaraan ke Liga Super musim depan sebagai langkah pertama memacu skuad Pantai Timur itu. 

"Kemungkinan saya akan bersama beliau. Saya mahu melakar sesuatu yang lebih baik dalam bidang kejurulatihan." 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen