UKM FC uji dua pemain dari Singapura

Oleh Penulis Jemputan 14 Disember 2017 4517
UKM FC uji dua pemain dari Singapura
Pendatang baru Liga Perdana, UKM FC, menarik perhatian dua pemain Singapura, Shahfiq Ghani dan Sahil Suhaimi, biarpun terpaksa melalui ujian pemilihan selama beberapa minggu bagi meyakinkan ketua jurulatih, Sulaiman Hussein.

Kedua-dua pemain terbabit merupakan bekas tonggak LionsXII yang beraksi di posisi serangan.

Sahil sebelum ini pernah beraksi di Sarawak pada pertengahan musim ini manakala Shahfiq antara watak utama bersama kelab Singapura, Geylang International.

Walaupun sedar UKM bukan nama besar dalam Liga Malaysia, itu bukan masalah buat Shahfiq yang jujur meluahkan masih merindui suasana bola sepak negara.

"Mereka baru dinaikkan ke Liga Perdana daripada Piala FAM. Sudah tentu apabila naik ke liga yang lebih bagus, intensitinya lain dan tahap bola sepaknnya berbeza. Kenapa tidak saya membantu mereka," kata Shahfiq yang juga bekas pemain kebangsaan Singapura.

Sementara itu, Sulaiman tidak terburu-buru dalam mendapatkan tenaga import tanpa menolak kemungkinan hanya akan menggunakan kurang daripada tiga pemain.

Katanya, dia lebih rela membuat keputusan sedemikian jika kemampuan tonggak import tidak jauh berbeza dengan pemain tempatan.

"Beri peluang kepada saya sendiri untuk melihat sejauh mana pemain import dalam sesi ujian ini.

"Saya mahu memilih tonggak import yang bukan sahaja lebih baik dua kali ganda daripada pemain sedia ada tetapi mereka perlu menjadi contoh kepada pemain lain.

"Ia juga bagi meningkatkan pemain tempatan demi membantu pasukan kebangsaan," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen