Shukor buka gelanggang sintetik 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Ogos 2020 3023
Shukor buka gelanggang sintetik 
Di sebalik isu tunggakan gaji yang membelenggu kancah bola sepak Malaysia, beberapa pemain mula menyediakan pelan persaraan. 
 
Antaranya bekas kapten pasukan kebangsaan, Shukor Adan, yang mengusahakan padang bola sintetik di Lembah Klang, malah turut bekerjasama dengan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim. 

"Saya sendiri seorang pemain bola sepak. 

"Mungkin apa yang saya dapat lihat di padang jadi kalau sesudah bersara, saya mungkin boleh membuka akademi di padang milik sendiri. 

"Ini adalah satu permulaan saya yang mula memikirkan persaraan. 

"Saya harap peminat mendoakan kejayaan saya dan saya berharap akan pemain-pemain yang lain lagi boleh menonjolkan dalam perniagaan," katanya ketika menganjurkan kejohanan mini malam tadi. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen