Saingan setempat mampu lonjak bola sepak Kelantan 

Oleh Penulis Jemputan 18 Disember 2019 121
Saingan setempat mampu lonjak bola sepak Kelantan 
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, berazam memastikan skuad The Red Warriors mampu untuk mencabar pendatang baru Liga Perdana, Kelantan United, musim depan bagi menghadirkan aura berbeza buat penyokong negeri itu.

Afandi, bagaimanapun, tidak menafikan Kelantan mengharungi musim yang cukup mencabar pada 2019 dengan menamatkan saingan di tangga ke-10.

Namun, hadirnya Kelantan United musim depan dijangka mampu menerbitkan saingan sengit, apatah lagi pasukan itu turut dibarisi pemain-pemain yang pernah mencipta nama bersama Kelantan sebelum ini.

Afandi percaya penyokong ingin melihat kembali kebangkitan juara 'treble 2012' itu musim depan selain positif gergasi Pantai Timur berkenaan mampu menghidupkan kembali peluang beraksi dalam saingan Liga Super.

Sehubungan itu, KAFA mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan seandainya timbul sebarang masalah berhubung peruntukan sebelum sepak mula.

"Setelah sekian lama, dua pasukan Liga Perdana yang diwakili negeri yang sama, Kelantan FA dan Kelantan United (akan saling berentap), saya jangkakan saingan yang lebih meriah. 

"Pasukan harus diberi ruang untuk melaksanakan beberapa perkara bagi kepentingan sendiri. 

"Dalam masa yang sama, FAM telah memperkenalkan Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang bertujuan untuk pasukan meminimumkan masalah berbangkit," katanya menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) pada 28 Februari depan. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen