Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengekalkan dua pemain import dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong bagi saingan Liga Malaysia, musim depan.

Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata turut dikekalkan ialah Igor Cerina yang kembali ke pangkuan pasukan selepas mengalami kecederaan panjang, musim lalu.

"Kita tidak menyambung kontrak Francis Kasonde dan Rodoljub Paunovic. Bagaimanapun, beberapa pemain import akan datang ke Kota Kinabalu dalam masa terdekat ini bagi menjalani ujian pemilihan," katanya dalam sidang media di pejabat SAFA, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lawrence berkata pasukan senior Sabah akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari Indonesia, PPLM Bina Sentra, di Kota Kinabalu pada 9 dan 13 Disember ini.

"Selain itu, pasukan PPLM Bina Sentra juga akan menguji skuad Piala Presiden Sabah pada 11 Disember," katanya.