Ronny minat kembali ke Sabah

Oleh Willie Jude 14 November 2017 5291
 Ronny minat kembali ke Sabah


Bekas pertahanan skuad kebangsaan, Ronny Harun, dikatakan berminat untuk kembali ke pangkuan skuad Sang Badak bagi menghadapi musim depan.

Pengendali Sabah, Jelius Ating, berkata pemain yang digugurkan daripada pasukan Sarawak itu ada menghubungnya dan menyatakan hasrat untuk kembali ke negeri asalnya.

"Saya fikir dia sangat berminat (kembali menyarung jersi Sabah). Bagaimanapun, oleh kerana saya juga belum tahu mengenai masa depan saya dengan pasukan, saya tidak boleh memberikan jawapan terus.

"Kita tunggu dan lihat nanti bagaimana situasinya kerana saya difahamkan dia juga menerima tawaran daripada beberapa pasukan lain," katanya.

Sementara itu, Jelius berkata beliau telah memanggil beberapa bekas pemain negeri itu yang beraksi bersama pasukan lain sebelum ini untuk menjalani latihan.

"Kami juga memanggil pemain yang telah dikenal pasti daripada skuad Piala Presiden dan Piala Belia Sabah," katanya.

Tentang Penulis

 Willie Jude

Komen