PKNP FC dalam fasa akhir memperkasakan pasukan

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Disember 2016 4
 PKNP FC dalam fasa akhir memperkasakan pasukan
Pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) bersedia menjadi salah satu pasukan pencabar apabila tirai kejohanan Liga Perdana bermula Januari nanti.

Menurut jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, pasukannya di fasa terakhir persediaan kerana sedar saingan Liga Perdana lebih kompetitif.

"PKNP FC mengekalkan 80 peratus pemain sedia ada, manakala selebihnya bakal diisi pemain yang pernah bermain di Liga Super selain daripada pemain import yang masih dalam radar pihak pengurusan.

"Jika sesuai, mereka ini akan diserapkan. Diharap kombinasi ini mampan dan dapat menjulang PKNP FC", menurut Abu Bakar.

Ini penyertaan sulung PKNP FC dalam Liga Perdana apabila muncul naib juara Piala FAM 2016.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen