Mat Zan intai kejutan Liga Perdana bersama PDRM

Oleh Shaiful Shamsudin 27 Disember 2020 298
Mat Zan intai kejutan Liga Perdana bersama PDRM
Jurulatih baru PDRM, Mat Zan Mat Aris, menyasarkan kedudukan lebih baik dariPADA petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan majikannya yang berhasrat menamatkan saingan dalam enam kelompok terbaik. 

"Kalau boleh saya nak bawa PDRM ke kelompok atasan mahupun pergi ke Liga Super. 

"Di sebalik sasaran yang ditetapkan PDRM, kami mestilah mahu menjadi juara," katanya. 

Ia satu cabaran yang ditetapkan oleh bekas jurulatih Terengganu itu sendiri walaupun sedar daripada segi keupayaan pasukan, keutamaannya terarah kepada sentuhan kakitangan PDRM sebelum dia membuka ruang untuk kemasukan pemain profesional dalam pasukan.

Selepas setahun dalam Liga Super, antara persiapan menghadapi saingan Liga Perdana 2021 ialah pemilihan pemain yang akan dijalankan minggu depan.

"Kami perlu tengok senarai pemain daripada kalangan anggota PDRM terlebih dahulu sebelum memutuskan kedudukan pemain luar termasuk import," katanya. 


 

Lensa The Cops 📸 Aksi-aksi sekitar 90'minit perlawanan. CIMB Liga Super Malaysia 2020 PJ CITY FC vs PDRM

Posted by PDRM FA 'THE COPS' on Saturday, October 10, 2020


Bagaimanapun, difahamkan belum ada sebarang perjanjian hitam putih lagi melibatkannya dengan pengurusan biarpun pengumuman pelantikannya bagi menggantikan Ishak Kunju telah dibuat kelab itu tiga hari lalu.

"Perbincangan memang ada cuma timbul beberapa masalah, itu sebab (saya belum memeterai kontrak)."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen