Mat Zan akui terkilan kontraknya tidak disambung

Oleh Staff Writer 30 Oktober 2016 4
Mat Zan akui terkilan kontraknya tidak disambung
Mat Zan Mat Aris tidak menafikan dia mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk Liga Super 2017 jika dikekalkan sebagai jurulatih Melaka United.

Namun, hasrat berkenaan terpaksa dilupakan kerana pihak pengurusan Melaka United Soccer Association (MUSA) telah mengesahkan kontraknya bersama skuad Hang Tuah itu tidak disambung untuk musim hadapan.

“Tipulah kalau saya tidak terkilan, tapi saya akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan MUSA,” katanya ketika dihubungi.

Ujarnya lagi, pihak pengurusan mungkin meragui kemampuannya untuk mengendalikan skuad Melaka United walaupun dia mempunyai pengalaman dalam liga utama Malaysia itu. 

Harapannya ialah agar Melaka terus cemerlang ke peringkat yang lebih tinggi.

Melaka menamatkan saingan Liga Perdana musim ini dengan  mengumpul 50 mata, dua mata di atas PKNS FC yang berada di kedudukan kedua.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen