Kuching tuan rumah aksi penentuan ke Liga Perdana 2020 

Oleh Bernama 14 November 2019 950
Kuching tuan rumah aksi penentuan ke Liga Perdana 2020 
Perlawanan kalah mati bagi penentuan pasukan ke Liga Perdana 2020 di antara pasukan tangga ke-11 Liga Perdana, Sarawak, dan naib juara Liga M3, Kuching FA, akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sabtu depan. 

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perlawanan berkenaan akan berlangsung pada jam 8.15 malam dan keputusan bagi menentukan pasukan tuan rumah (PTR) akan diputuskan melalui undian atau keputusan dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.

“Berkenaan penggunaan pemain import, Sarawak FA hanya boleh menurunkan dua pemain asing manakala selebihnya adalah pemain gantian manakala pasukan Kuching FA dibenarkan menurunkan dua pemain asing sahaja.

“Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menggunakan dua pemain asing di atas padang pada satu-satu masa,” demikian menurut MFL.

Untuk rekod, juara Liga M3, Kelantan United, layak ke Liga Perdana 2020 secara secara laluan khas selepas pasukan tercorot Liga Perdana, Perlis, tidak layak bermain dalam perlawanan kalah mati berikutan penyertaan mereka dibatalkan dalam Liga Perdana musim ini kerana gagal memberi jaminan kewangan kukuh kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL.

-- BERNAMA

Tentang Penulis

Bernama

Komen