Itu harapan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) II, Syahrul Azwari Ibrahim, terhadap adiknya, Helmi Hariri Ibrahim, selaku pemain UKM FC yang kini terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat patah tulang belakang.

Helmi baru sahaja selesai menjalani pembdedahan tulang belakang, semalam.

Menurut doktor, pemain berusia 22 tahun itu akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya kerana melibatkan kecederaan tulang belakang yang agak serius.

Syahrul sebagai abang sememangnya memahami perasaan adiknya sebagai pemain bola sepak profesional yang harus melupakan karier buat sementara waktu tatkala persiapan sedang giat berlangsung untuk menghadapi saingan Liga Perdana 2018.

"Saya memang terkejut dengan perkhabaran ini. Bagaimanapun, kami perlu menerimanya. Saya bersama keluarga perlu memberikan semangat kepad Helmi bagi meneruskan proses rehabilitasi," kata Syahrul.

Ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussein, pula terpaksa menerima hakikat bakal kehilangan Helmi yang menjadi tonggak utama pasukan.

Bagaimanapun, posisi Helmi selaku pemain tengah tetap kekal dan tidak akan diganti dengan mana-mana pemain.

"Saya tidak akan menggantikan Helmi dengan mana-mana pemain lain. Dia telah banyak berjasa untuk UKM FC sebelum ini, kami akan kekal bersaing dengan 21 pemain," kata Sulaiman.