Gantung pasukan bermasalah

Oleh Staff Writer 30 Disember 2019 350
Gantung pasukan bermasalah
Pertahanan Negeri Sembilan, Norhafiz Zamani Misbah, menganggap pasukan bermasalah wajar digantung daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan. 

Norhafiz antara pemain yang dipalit isu tunggakan gaji ketika berkhidmat bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tiga tahun lalu. 

Ia membabitkan wang sejumlah RM80,000 yang sehingga kini hanya berlaku pembayaran sebanyak 
RM15,000, namun ia bukanlah seperti yang dijanjikan. 

Baginya, permasalahan sedemikian akhirnya bakal mengganggu prestasi pemain dan menganggap pasukan yang bermasalah wajar digantung daripada beraksi dalam Liga M.

"Kalau untuk industri bola sepak dalam Malaysia, jika  pasukan-pasukan ini tidak digantung dan diberi kelonggaran, ia akan berlaku setiap tahun.

"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) perlu bertegas dalam hal ini.

"Peraturan sudah dibentuk dan perlu dipatuhi agar pasukan tidak memanipulasikan liga," katanya. 

Satu pertemuan di antara badan induk bola sepak negeri itu bersama Norhafiz akan berlangsung dalam masa terdekat sebagai usaha menyelesaikan isu tunggakan gajinya. 

"Saya harap KAFA tidak ambil mudah. Kami saling perlu jaga (kepentingan) bersama-sama.

"Saya sudah berikan mereka tempoh selama tiga tahun. Saya harap ia dapat diselesaikan segera."



Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen