FAM bimbang hukuman jejas pembangunan bola sepak Kelantan 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 Ogos 2020 1313
FAM bimbang hukuman jejas pembangunan bola sepak Kelantan 
Kelantan terus ditimpa malang menjelang aksi sulung sejak Liga Malaysia (Liga-M) tertangguh Mac lalu apabila dipotong tiga mata bagi saingan Liga Perdana 2020. 

Hukuman itu diputuskan dalam Mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diadakan secara maya hari ini.

Keputusan itu juga mengancam kedudukan tangga ketujuh skuad The Red Warriors yang menyaksikan mereka tergelincir ke tangga ke-10, dibezakan dengan pasukan di tangga tercorot, Kuching FA dan PKNP, menerusi perbezaan gol.

 

Siaran Media: Kelantan Dipotong Tiga Mata Liga Premier 2020 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin...

Posted by Football Association of Malaysia on Monday, August 3, 2020


Bagi Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, hukuman seumpama itu merupakan tindakan terakhir tetapi kelulusan lesen bagi musim 2020 masih belum tertutup sepenuhnya menjelang tarikh akhir pada hujung bulan ini. 

"Kelantan masih memiliki pilihan, sama ada membayar tunggakan gaji yang ada atau mencapai persetujuan bersama pemain bagi memudahkan proses pelesenan musim 2021.

"Ia merupakan prosedur standard dalam isu gaji sebenarnya. 

"Perkara paling sukar buat FAM ialah terpaksa menghukum ahli gabungannya dan ia boleh mempengaruhi kepada bola sepak Kelantan. 

"Kami mahu elakkan pasukan Kelantan (daripada) digugurkan daripada liga (divisyen) nombor satu atau dua.

"Ia juga tidak mendatangkan kebaikan pembangunan bola sepak Kelantan. 

"Kesannya bukan setakat kepada liga nombor satu dan dua, sebaliknya pembangunan bola sepak Kelantan juga kami utamakan," katanya. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen