COVID-19: Pemain Kuching FA sah positif 

Oleh Bernama 25 Julai 2020 603
 COVID-19: Pemain Kuching FA sah positif 
Seorang pemain kelab Kuching FA disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi kelab itu semalam, pemain terbabit juga merupakan kakitangan Hospital Sentosa dan diklasifikasikan daripada kluster Sentosa.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami.

 

Untuk makluman semua, seorang dari pemain kami disahkan positif covid19. Beliau bertugas di Hospital Sentosa dan...

Posted by Kuching FA on Friday, July 24, 2020


“Justeru, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kuching FA merupakan naib juara bagi saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam saingan Liga Perdana 2020.

-- BERNAMA

 

 

Tentang Penulis

Bernama

Komen