Bolasepak Kelantan menuju era baru

Oleh Ammar Hakim 4 September 2020 920
Bolasepak Kelantan menuju era baru
Bola sepak Kelantan kini menuju era baru, pembelian skuad The Red Warriors oleh ahli perniagaan, Norizam Tukiman atau Zamsaham pasti akan mengubah wajah skuad Kelantan namun persoalannya, mampukah Zamsaham membawa perubahan serta kejayaan kepada TRW?

Pelaburan Zamsaham bukanlah kecil, sejumlah RM6.8 juta dilaburkan untuk membeli The Red Warriors Sdn Bhd itu.

Zamsaham membayar RM3 juta dalam bentuk pembelian saham dan turut mendahulukan sejumlah RM3.8 juta lagi untuk KAFA menyelesaikan segala hutang sedia ada.

Ia bukan calang-calang angka, nilainya begitu tinggi dan sudah pasti Zamsaham menuntut pulangan yang setimpal dengan pelaburanya yang dilakukan.

Pujian harus diberikan kepada beliau kerana sanggup mengambil The Red Warriors pada ketika pasukan itu dipalit dengan pelbagai isu. Mungkin tidak ramai yang seberani Zamsaham untuk mengambil langkah ini.

Persoalannya kini, mampukan pasukan kelantan kembali ke zaman kegemilangan?

Ia bukan pendekatan yang mudah tetapi berdasarkan kepada kata-kata semangat Zamsham, tidak mustahil untuk dilakukan.

Pasti akan ada cabaran serta rintangan tetapi yang penting langkah permulaan telah di ambiluntuk memulihkan Kelantan.

Apa yang perlu dilakukan Zamsham atau cabaran-cabaran yang bakal dilalui dalam menguruskan Kelantan.

Untuk gambaran lebih jelas kami dapat bekas kapten Kelantan, Hashim Mustapa.

"Buat seketika saya berasa lega dan berharap usaha ini berpanjangan," katanya ketika dihubungi Nadi Arena.

"Saya berharap segala usaha ini tidak bersifat sekerat jalan dan jika segalanya telah stabil, saya juga mengharapkan mereka tidak melupakan skuad pembangunan kerana yang pemain yang turun bersama Kelantan dalam Liga Perdana adalah hasil daripada skuad belia.

"Saya turut berpandangan dengan gerakan baru dalam bola sepak Kelantan ini dapat dijadikan sebagai suntikan semangat buat skuad kendalian Yusri Che Lah dalam usaha untuk kembali beraksi di pentas Liga Super musim depan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen