Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Affandi Hamzah, terkejut dengan peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilyas Khan selaku presiden persatuan berkenaan menerusi media sosialnya, hari ini.

Beliau yang dihubungi Nadi Arena menegaskan Bibi Ramjani tidak memaklumkan hasratnya itu kepada mana-mana ahli jawatankuasa eksekutif KAFA.

Affandi turut mengesahkan Bibi Ramjani tidak mengemukan sebarang surat rasmi sebelum menyuarakan perkara itu.

Namun, sebagai timbalan presiden, beliau akan segera mengaturkan mesyuarat exco bagi memilih pucuk pimpinan baru KAFA.

"Saya tidak dimaklumkan, bermakna tiada peletakan jawatan secara rasmi.

"Saya cuma dikhabarkan melalui media sosial sahaja," katanya.

KAFA turut terpalit dengan masalah tunggakan gaji pemain musim ini.

Difahamkan, skuad Piala Presiden turut terkesan dengan kemelut kewangan yang melanda persatuan itu.

"Saya akan cuba untuk menjelaskan apa yang berlaku.

"Sudah tentu, jika terdapat sebarang perkembangan, saya akan mengadakan mesyuarat exco," tambahnya.