Abu Bakar kemudi Perak II

Oleh Azizan Hashim 27 Disember 2019 2629
Abu Bakar kemudi Perak II
Teka-teki mengenai pasukan Perak II terjawab apabila pembentukan pasukan pelapis Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) itu bermula.

Sebagai permulaan, PAFA melantik Abu Bakar Fadzim sebagai jurulatih untuk membentuk dan mengendalikan persiapan pasukan. 

"Saya dilantik oleh Presiden PAFA untuk mengendalikan pasukan dan akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menyediakan pasukan ini. 

"Matlamat pasukan ialah untuk membantu pasukan Liga Super," katanya ketika mengesahkan pelantikannya. 

Sehubungan itu, bekas pertahanan berusia 48 tahun itu, yang mempunyai pengalaman luas bersama PKNP FC, akan mengadakan sesi pemilihan untuk mencari pemain muda berbakat. 

Menurutnya, pasukan Perak II akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Piala Presiden di Stadium Perak, petang esok. 

Perlawanan itu akan menjadi medan menguji pemain yang sudah dikenal pasti bagi menjadi tenaga pasukan Perak II. 

Tentang Penulis

Azizan Hashim

Komen